November 17, 2008
Kenduri Kahwin di Parit Singgahan 4, Sri Medan
Musim cuti sekolah sudah bermula, maka banyaklah jemputan perkahwinan dan berkhatan untuk dipenuhi. Semalam aku dah start pergi ke kenduri perkahwinan di Sri Medan Johor. Sabtu malam aku bertolak ke melaka untuk menginap di Sri Warisan Resort ( bersebelahan Taman Mini Melaka ) disebabkan Hotel Sri Malaysia penuh. Harga untuk 1 bilik berdua adalah RM 155 termasuk breakfast. Kalau tak mahu breakfast hanya bayar RM 135. Lokasi adalah sesuai kalau nak berjalan2 sekitar melaka dan banyak tempat berdekatan untuk dilawati. Tetapi facility di tempat tersebut cukup2 makan bagi aku. Makanan OK ( Tambah breakfast 1 orang adalah RM15 ) kira mahal nie, Swimming pool ok.
Air cond bocor kat dalam bilik. phone dlm bilik takde ( bilik aku je ). Tapi setakat nak tido malam ok ler. So ahad pagi selepas sarapan aku cari Eye On Malaysia yang dah dipindahkan ke melaka. Harga dewasa untuk naik Eye On Malaysia adalah RM10 jika ada Kad Pengenalan (IC) kalau tak ada IC malaysia, kena bayar RM 20. Kanak-kanak bawah 3 tahun free jer.
Tengahari baru aku bertolak ke Sri Medan. Dalam 1.5 jam juga la nak sampai sana dari ayer keroh, melaka. Aku taknak penat drive sebab tu aku menginap kat melaka dulu. Petang nak balik jauh lagi kan, tak kan nak bertolak hari pergi dan balik.
Aku boleh katakan meriah lagi kenduri perkahwinan kat johor nie. sebab apa? Masih ada lagi TOL sebelum bersanding, Pencak’an ( silat ), Kompangan (kompang le tue), Baling gula-gula ( untuk budak2 je ). Kiranya perkara mendajal macam tol dan bagi pengantin minum air garam ada lagi bertapak di johor nie. Sapa nak kawin ngan orang johor kena siasat dulu benda benda nie. Karang tak dapat bersanding baru tahu.
Baru 1 kenduri..huhuhuh… minggu depan ada lagi. dan minggu seterusnya ada lagi sampailah penghujung cuti sekolah. SELAMAT PENGANTIN BARU buat yang baru melansungkan majlis..Tahniah! cepat2 ler dapat anak ![]()









Leave a Comment