August 20, 2008

3 Jenis Blog Mengikut Pandangan Seth Godin

Selepas membaca beberapa artikel Seth Godin, baru aku tahu 3 jenis blog yang ada kat dunia ini. Jenis tersebut adalah:

1. Cat Blogs ( Blog Kucing )  :)
2. Boss Blogs ( Blog Mandur ) hihihi
3. Viral Blog ( Blog Virus )

Bagi perkara 1, blog kucing adalah menjurus kepada blog peribadi. Contohnya blog mengenai kucing anda, perjalanan dating anda, mengenai bos anda dan apa jua hal peribadi yang anda inginkan kepada mata awam. Blog ini tidak memerlukan pelawat asing kerana ia berkenaan kepuasan menulis blog. Jangan bermimpi untuk mendapat trafik tinggi dengan blog ini kerana anda tahu blog jenis ini mendapat trafik dari orang yang terdekat dengan anda.

Perkara 2 menyentuh mengenai Blog Mandur adalah blog komunikasi antara sekumpulan orang. Blog Mandur adalah alat komunikasi yang amat bagus. Anda juga tahu siapa pembaca anda. Kumuniti yang menyertai adalah pelawat setia blog jenis mandur. Contoh blog mandur adalah blog mengenai matematik tingkatan 4 sekolah setiawangsa. Kumpulan yang menyertai adalah pelajar tingkatan 4 sekolah setiawangsa. Guru yang membuat blog ini dapat kemaskini segala panduan, tutorial, jawapan, nota penting dengan cepat. Ibu bapa dapat melihat perkembangan pembelajaran anak anak. Di syarikat juga boleh dilakukan blog jenis ini.

Dan perkara terakhir iaitu perkara 3, blog virus atau lebih dikenali sebagai viral blog. Ia dipanggil blog virus kerana tujuan blog ini adalah meyebarkan idea. Penulis blog menghabiskan masa dan tenaga bagi menyumbangkan sesuatu idea.Contoh topik adalah: untuk mendapatkan kerja konsultasi, untuk mencari pelanggan bagi perniagaan, untuk memudahkan pelanggan sedia ada supaya kekal bersama anda.

Aku sedaya upaya untuk mengikuti Blog jenis ketiga. Kategori mana blog anda sekarang?

Filed under Blog by

Permalink Print Comment

Leave a Comment