November 18, 2008
mohdzakri diamond logo
Sebetulnya sesajer aku buat since tak tau nak buat ape. So layan je la……Aku buat guna adobe photoshop.

Sebetulnya sesajer aku buat since tak tau nak buat ape. So layan je la……Aku buat guna adobe photoshop.

Musim cuti sekolah sudah bermula, maka banyaklah jemputan perkahwinan dan berkhatan untuk dipenuhi. Semalam aku dah start pergi ke kenduri perkahwinan di Sri Medan Johor. Sabtu malam aku bertolak ke melaka untuk menginap di Sri Warisan Resort ( bersebelahan Taman Mini Melaka ) disebabkan Hotel Sri Malaysia penuh. Harga untuk 1 bilik berdua adalah RM 155 termasuk breakfast. Kalau tak mahu breakfast hanya bayar RM 135. Lokasi adalah sesuai kalau nak berjalan2 sekitar melaka dan banyak tempat berdekatan untuk dilawati. Tetapi facility di tempat tersebut cukup2 makan bagi aku. Makanan OK ( Tambah breakfast 1 orang adalah RM15 ) kira mahal nie, Swimming pool ok.
Air cond bocor kat dalam bilik. phone dlm bilik takde ( bilik aku je ). Tapi setakat nak tido malam ok ler. So ahad pagi selepas sarapan aku cari Eye On Malaysia yang dah dipindahkan ke melaka. Harga dewasa untuk naik Eye On Malaysia adalah RM10 jika ada Kad Pengenalan (IC) kalau tak ada IC malaysia, kena bayar RM 20. Kanak-kanak bawah 3 tahun free jer.
Tengahari baru aku bertolak ke Sri Medan. Dalam 1.5 jam juga la nak sampai sana dari ayer keroh, melaka. Aku taknak penat drive sebab tu aku menginap kat melaka dulu. Petang nak balik jauh lagi kan, tak kan nak bertolak hari pergi dan balik.
Aku boleh katakan meriah lagi kenduri perkahwinan kat johor nie. sebab apa? Masih ada lagi TOL sebelum bersanding, Pencak’an ( silat ), Kompangan (kompang le tue), Baling gula-gula ( untuk budak2 je ). Kiranya perkara mendajal macam tol dan bagi pengantin minum air garam ada lagi bertapak di johor nie. Sapa nak kawin ngan orang johor kena siasat dulu benda benda nie. Karang tak dapat bersanding baru tahu.
Baru 1 kenduri..huhuhuh… minggu depan ada lagi. dan minggu seterusnya ada lagi sampailah penghujung cuti sekolah. SELAMAT PENGANTIN BARU buat yang baru melansungkan majlis..Tahniah! cepat2 ler dapat anak ![]()
Perghhhh… memang penat seharian untuk melakukan pelbagai aktiviti mencari dan memilih grill rumah, kabinet dapur, kabinet kasut, lampu dan kipas. Lagi lagi aku settlekan dalam sehari sahaja. Aku rasa berbaloi untuk kabinet dapur sebab aku dapat tangkap bos / tokey dia. Aku terus pergi kilang dia yang buat kabinet. So aku dapat harga yang boleh tahan la, dengan layanan professional dan esok pun diorang boleh datang untuk ukur kabinet setelah segala perbincangan tadi dijalankan termasuk harga yang ok.
Rizal@ Masrizal Hardy, sorry tak sempat singgah office hang atau pi jumpa hang. Sebab aku bz sangat. Dah lalu tadi… Lain kali erk jumpa ko… Nanti aku wat kenduri leh la hang datang ya
So untuk sekian kalinya aku memang tak sempat update blog dan tunggu lagi 3 minggu lagi untuk semuanya siap. Adios jumpa len kali… Aku duk sibuk mendalami ebay. Thanks sifu-lan ![]()
Pertama sekali aku dah banyak beli dan baca ebook berkenaan panduan ebay. Kebanyakkannya adalah berkisar mengenai asas bagaimana hendak membuka akaun ebay, paypal dan anda dikehendaki menjual barang mengikut kesesuaian anda. Tetapi terdapat masalah iaitu anda kena menguruskan sendiri dari tempahan, pembungkusan dan penghantaran. Produk juga terhad kepada kawasan anda.
Selepas habis membaca ebook ini, aku memang amat puas hati dengan Sifu Lan dengan Panduan & Teknik Rahsia eBay. Terdapat rahsia yang aku tidak dapat beritahu disini disebabkan ia adalah kunci utama kepada kejayaan didalam berniaga ebay. Tetapi ia adalah salah satu kuncinya yang selama ini dirahsiakan oleh mana mana sifu ebay
dan aku gembira kerana mengetahuinya.
Ia agak sediit teknikal. Jika anda pernah membeli Sistem Rahsia Versi 1 oleh Amirul Sistem Rahsia maka ini adalah yang anda cari kerana panduan ini memang akan menjadikan anda boleh buat duit. Aku bagi 9/10 untuk ebook ini. Kenapa tidak 10? kerana Sifu Lan masih ada lagi rahsia didalam rahsia
Jangan marah ya Sifu Lan…

Aku dah lama beli buku ini sebenarnya, cuma baru aku nak review. Buku ini disertakan dengan sekeping VCD dan VCD tersebut menunjukkan sendiri langkah-langkah kompleks yang sukar ditunjukkan dengan hanya membaca.
Ebook ini banyak membantu aku untuk didalam pembinaan imej aku untuk berniaga dan buat internet dengan Internet.
>
Aku baru berkesempatan untuk membeli buku ini walaupun aku sedia maklum apa isi kandungannnya. Hanya ingin mendapatkan lebih kepastian dan langkah-langkah yang diguna oleh Dr. Irfan Khairi didalam menjalankan perniagaan internet beliau.

Apa yang Dr. Irfan Khairi tekankan adalah hargai pelanggan dan bagaimana untuk menarik pelawat menjadi pelanggan. Buku ini merangkumi:
1. 4 Langkah memulakan apa jua jenis perniagaan samada produk atau perkhidmatan di Internet.
2. Cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan tanpa produk atau perkhidmatan anda sendiri.
3. Bgaimana mendapatkan beribu-ribu tenaga penjual memasarkan produk atau perkhidmatananda.
4. Mengapa 90% perniagaan Internet menemui kegagalan dan bagaimana anda dapat menghindarinya.
5. 36 rahsia jutawan-jutawan Internet dibongkarkan
Tidak rugi untuk dibeli dan menambahkan ilmu anda didalam perniagaan internet. Aku bagi 10/10 markah.
Terjemahan untuk artikel bertajuk “The Best and Easiest Google-Friendly Change to Your Web Site” dari Robert Plank
Tidak kira siapa anda atau berapa banyak anda bayar untuk pengiklanan website, trafik percuma dari enjin carian mungkin memainkan peranan besar bagi perniagaan anda. Jadi mengapa menjadikan website anda susah untuk dicari enjin carian?
Nasib baik, beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang memberi perhatian kepada SEO, mengubah websie kepada CSS, menghapuskan “table” dan “font” HTML, mulakan tag H1 pada tajuk halaman…dan secara amnya memindahkan isi website paling atas pada dokumen HTML. Bukannya dimulai dengan script atau CSS.
“Tetapi Robert,” bolehkah beritahu saya, “Saya punyai banyak JavaScript dan CSS pada atas website saya dan saya tidak mahu menghilangkan fungsinya.”
Tiada masalah, anda tetap boleh menggunakannya. Cuma perlu simpan ia didalam fail lain. Maksudnya jika anda malas dan sertakan CSS didalam HTML dokumen seperti ini”
(style type=”text/css”)
(!–
CSS kod disini
–)
(/style)
Salin semua teks dan padam ia dari page HTML.
Buang tag “style” dan “(!–” and “–)” . Buka teks file baru menggunakan notepad, dan paste teks dari clipboard dan simpan ia sebagai fail “layout.css. Kemudian upload ke web server.
Sekarang, kembali pada HTML page, letakkan HTML kod seperti ini:
(link rel=”stylesheet” href=”http://www.example.com/layout.css“)
Apabila seseorang loads page anda didalam pelayar internet( browser) dan ia akan memberitahu browser supaya rujuk pada URL http://www.example.com/layout.css bagi info CSS. Tetapi apabila enjin carian membuat pengindeksan pada website anda, ia akan menjumpai website yang cantik, bersih dan susunan mudah.
Anda juga boleh berbuat perkara yang sama dengan JavaScript. Katakan berikut adalah tag “script” anda:
(script language=”JavaScript” type=”text/javascript”)
(!–
JavaScript kod disini
–)
(/script)
Buat perkara yang sama, salin kod JavaScript tanpa tag “scripe” atau tag “(!–” or “–)”. Padam kod yang asal pada page HTML. Paste apa yang anda salin kepada teks fail yang baru menggunakan notepad dan namakan ia sperti: “functions.js”
Muatnaik functions.js pada web server dan pada masa yang sama letak kod pada page HTML anda seperti berikut:
(script language=”JavaScript” src=”http://www.example.com/functions.js“)(/script)
Satu perkara penting iaitu, TIADA kod JavaScript boleh diletakkan antara tag “script” jika anda menggunakan “src” parameter seperti diatas.
Jadi ingat: gunakan tag H1, gunakan tag meta description, dan juga CSS, tetapi pastikan anda sertakan JavaScript dan CSS stylesheets pada file yang berlainan, jika tidak tida makan anda berbuat demikian.
Article oleh Robert Plank
AffiliateBattlePlan.com
Filed under Tips Trafik by admin
Takmo banyak cakap. Tengok email dari paypal ini:
Dah lama tak sempat nak update ke versi yang terbaru. Tadi baru ada masa sikit. So, rupanya senang je nak update blog nie. Mula2 pergi ke panel wordpess anda. Deactivate kesemua plugin anda. Kemudian buka ftp, buang folder wp-include dan wp-admin. Pastikan anda telah backup semua file untuk langkah keselamatan jika proses upgrade tidak berjaya.
Jangan padam fail lain. Download file wordpress terbaru di http://wordpress.org/download. Extract ke desktop anda dan upload menggunakan ftp ke hosting anda. JANGAN LUPA, folder wp-content dan file wp-config.php tidak perlu upload. Ianya mengandungi maklumat penting blog anda.
Setelah siap upload anda perlu pergi ke http:// site-anda. com/wp-admin/upgrade.php .Ikut arahan diberikan dan masuk panel wordpress anda. Activate kan plugin anda. dan anda telah selesai. Pastikan juga permalink anda tidak berubah. Jika berubah sila betulkan kembali…
TAMMAT….
Begitu lama aku tak update blog ini. Ya lah. Buat persiapan nak raya, raya lagi, majlis pertunangan lagi…perghhh memang tak sempat punya. Aku nak update aku punya payment zangocash untuk pembayaran pada 20 october 2008 ini.
Aku dah slow sket buat zangocash ini. Sibuk sikit dengan projek http://www.SewaBeliRumah.com . Jika anda hendak mengiklankan rumah, tanah atau segala jenis hartanah lain secara percuma, sila hubungi saya atau ambil pakej persendirian.
Filed under Pendapatan by admin